Sunday, June 20, 2010

TERNAK KELI

Anda tentu sudah biasa membeli ikan keli pasar-pasar dengan harga RM4.00 hingga ke RM5.00 sekilo. Tahukah anda, kos ikan keli atau dalam bahasa Indonesia disebut ikan lele tersebut amatlah murah berbanding dengan kos ikan-ikan lain? Ini membuka peluang yang luas untuk anda menceburi bidang penternakkannya kerana keluarannya yang sedikit berbanding permintaan. Tambahan pula, isu produk keluaran halal juga amat ditekankan dan telah menjadi kesedaran umum. Jika anda membina kolam ternakan sendiri dan menjualnya, sudah semestinya keuntungan yang melipatganda bakal menanti anda.


Latar Belakang

Keli atau Lele merupakan jenis ikan konsumsi air tawar dengan tubuh memanjang dan kulit licin. Di Indonesia ikan lele mempunyai beberapa nama daerah, antara lain: ikan kalang (Padang), ikan maut (Gayo, Aceh), ikan pintet (Kalimantan Selatan), ikan keling (Makasar), ikan cepi (Bugis), ikan lele atau lindi (Jawa Tengah). Sedang di negara lain dikenal dengan nama mali (Afrika), plamond (Thailand), ikan keli (Malaysia), gura magura (Srilangka), ca tre trang (Jepang). Dalam bahasa Inggris disebut pula catfish, siluroid, mudfish dan walking catfish. Ikan lele tidak pernah ditemukan di air payau atau air asin. Habitatnya di sungai dengan arus air yang perlahan, rawa, telaga, waduk, sawah yang tergenang air. Ikan lele bersifat noctural, yaitu aktif bergerak mencari makanan pada malam hari. Pada siang hari, ikan lele berdiam diri dan berlindung di tempat-tempat gelap. Di alam ikan lele memijah pada musim penghujan. Ikan lele banyak ditemukan di benua Afrika dan Asia. Dibudidayakan di Thailand, India, Philipina dan Indonesia. Di Thailand produksi ikan lele ± 970 kg/100m2/tahun. Di India (daerah Asam) produksinya rata-rata tiap 7 bulan mencapai 1200 kg/Ha.

Untuk pengetahuan anda, ikan keli adalah juga sejenis ikan air tawar yang banyak terdapat di Malaysia. Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, sungai kuala dan tasik. Sekarang ini ikan keli mula diternak di dalam kolam buatan dan dikomersialkan. Ikan keli menjadi hidangan yang diminati ramai kerana rasanya yang enak dan berkhasiat. Ikan keli terdiri dari pelbagai jenis spesies iaitu keli bunga, keli kayu, keli esotik dan keli memah.

Untuk menjadikan ternakan ikan keli ini sebagai komersial, pengusaha perlu sekurang-kurangnya menternak 100 ribu ekor bagi satu spesies ikan keli. Kolam ternakan boleh di disediakan dalam bentuk kolam tanah, kolam simen dan juga kolam kanvas. Kini ikan keli hanya diberikan makanan organik sekali dalam tempoh 3 bulan. Pada masa ini disebabkan permintaan semakin meningkat harga boleh mencecah antara RM4.50-RM5 sekilo di pasaran terbuka.

Industri ternakan ikan keli ini adalah adalah satu industri yang menguntungkan pada masa ini. Memandangkan permintaan tinggi, pulangan yang cepat dalam 3 bulan, tidak memerlukan ruang yang besar dan kos penyelengaaraan yang rendah dan lebih jimat jika diproses sendiri, menjadikan industri lebih menguntungkan jika diusahakan.


Pengenalan Kepada Keli




KELI mirip ikan baung (Mystus spp.) atau semilang laut (Plotosus spp.). Spesies ini terkenal tahan lasak dan mampu hidup beberapa jam di darat tanpa air. Keajaiban ini kerana terdapat organ ‘arboresen’ yang membolehkannya bernafas tanpa air, asalkan insangnya berkeadaan lembap.Terdapat beberapa spesies keli yang popular dan mendapat tempat sebagai ternakan komersil. Antaranya, keli kayu (Clarias batracus), keli bunga (Clarias macrocephalus) dan keli eksotika (Clarias gariepinus).Paling popular keli eksotika kerana ia mudah diternak secara komersil. Namun, bagi keli kayu atau bunga sukar diperoleh kerana habitatnya di sawah padi, parit, tali air, tasik atau anak sungai.

SIFAT DAN HABITAT

1. Sifat - Berbadan bulat tanpa sisik. Kulit berwarna coklat tua atau gelap. Bermata sepet, kecil serta dilengkapi dua sengat berbisa sebagai alat mempertahankan diri.Keli bermisai lebat dan lebih cantik daripada tapah (Wallago spp.) yang bermisai jarang, kusut masai dan tidak terurus. Ia dikelaskan sebagai ikan demersal yang karnivor bermulut lebar.Gemar menyendiri dengan membenamkan diri dalam lumpur atau lubang tanah di tebing batas padi. Tabiatnya hampir sama dengan tapah, bujuk (Channa lucius), ketutu (Oxyeleotris marmoratus) atau ikan sebelah laut (Pseudorhombus spp.). Ia hanya keluar dari kubu persembunyian untuk mencari makan atau menghirup udara (oksigen) segar di permukaan air.

2. Pemakanan - Di habitat asal ia membaham apa saja sama ada anak udang, ikan kecil, cacing tanah atau serangga. Keli turut menjadi sumber pemakanan kepada pemangsa lain yang lebih perkasa seperti tapah (Wallago spp.) atau toman (Channa micropeltes).

3. Habitat - Ia lebih menggemari lubuk tenang dengan dasar berlumpur sebagai sarang. Lazimnya, keadaan air pH7 dengan keliatan 12 adalah paling sesuai, bagaimanapun pH6.5 hingga 9 masih sesuai untuk ternakan keli pedaging ( bukan untuk tujuan pembiakan ). Bahkan, ia boleh hidup selesa pada suhu air persekitaran 28 hingga 37 darjah selsius dan mampu membesar sehingga lebih 35 sentimeter.


Jenis Kaedah Pemeliharaan Ikan Keli

Terdapat berbagai-bagai cara ternakan keli yang dijalankan. Antara yang termasyhur ialah kaedah ternakan kanvas dan ternakan kolam.

Ternakan Kanvas




Kolam Kanvas merupakan antara inovasi penternakan ikan keli yang telah dipelopori dan di inovasikan melalui R&D di Semenanjung Malaysia. Walaupun secara fizikal, kolam kanvas nampak rapuh dan mudah bocor (jika terkena benda tajam atau disebabkan oleh sistem pengairan keluar yang tidak kemas), namun ianya merupakan antara kolam yang agak murah yang boleh dipertimbangkan oleh para penternak.

BAGAIMANA Kolam Kanvas boleh didapati dengan MURAH?

Sebenarnya, para penternak boleh menginovasi dan mengupah pembuatan kolam kanvas dengan pergi sendiri di kedai-kedai membaiki sofa dan meminta mereka membuat kolam kanvas dengan panjang x lebar x tinggi mengikut kehendak penternak. Melalui kaedah ini, para penternak boleh jimat lebih jauh berbanding membeli yang telah siap sedia digunakan. Bayangkan, jika para penternak boleh jimat dalam pembuatan kolam sendiri dan berapa margin untung diperoleh disebabkan oleh kos tetap "kolam" dapat dikurangkan?

Berdasarkan temubual dengan para penternak yang telah menggunakan kaedah membuat sendiri kolam kanvas (melalui upah kepada pekedai sofa), bagi kolam yang berukuran 10 kaki panjang x 4 kaki lebar x 4 kaki tinggi, kos bagi kanvas tidak lebih daripada RM300.00 Bagi rangka untuk mendirikan kolam kanvas, para penternak boleh menggunakan kayu hutan/kayu bulat/apa-apa benda yang dapat menjadi rangka kepada kolam kanvas. Yang penting adalah, kolam kanvas anda dapat berdiri dan dapat menakung air.

Bagi aliran keluar air pula, para penternak boleh buat sendiri dengan membeli "Stop Ball". Namun begitu, perlu hati-hati kerana jika tersalah pasang, kemungkinan besar kebocoran boleh berlaku.

Yang paling mustahak dalam menternak ikan keli adalah, ada air bertakung untuk ikan keli hidup dan membesar dan yang tidak kurang penting adalah KOS Pembangunan KOLAM yang murah. Melalui kaedah mengupah/membuat di kedai membaiki sofa, KOS bagi membuat Kolam Kanvas dapat dikurangkan dengan banyak.


Ternakan Keli Kolam



Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilah mempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan supaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam ke kolam yang lain.

• Kedalaman yang sesuai 15 – 30 cm semasa pelepasan benih.

• Tambah air sehingga 45 cm selepas 30 hari.• Tukar air apabila warna air berubah menjadi hijau pekat.

• Tukar air apabila terdapat buih – buih kasar di dalam kolam.

• Tukar air apabila kandungan keladak meningkat.Kualiti air ternakan :

• Air bersih spt. Air sungai, kolam, telaga dan mata air yang tidak tercemar.

Perolehan benih.Sifat : sempurna fizikal dan tidak cacat.

Kesihatan :
1. Aktif.
2. Tiada tanda stress.
3. Kemerahan.
4. Tiada kecederaan.
5. Tiada kerosakan fizikal tubuh / organ.
6. Saiz : 10 cm / 3 “inci.
7. Berat : 10 gram.

Masa pelepasan benih : awal pagi 6 – 9.00pagi atauPetang jam 5 – 8.00 malam.


Pemakanan Ikan Keli



Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitufitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklah diberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang, Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupi dan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akan menyebabkan mutu air menurun.

Aspek pemakanan:

1. Terdapat dua jenis makanan yang digemari oleh ikan keli iaitu makanan semulajadi dan makanan buatan. Makanan semulajadi terdiri daripada mikroorganisma hidup di dalam air seperti plankton dan makanan buatan pula adalah makanan palet buatan.

2.Alternatif lain untuk makanan ikan keli ialah anak-anak ikan dari hasil tangkapan yang tidak boleh dipasarkan, sisa buangan penternakan ayam dan ikan serta daging siput.

3.Makanan buatan seperti palet biasanya mengandungi daging dari serbuk ikan dengan kandungan protein melebihi 30%.

4.Makanan buatan dalam bentuk palet akandiberikan pada ikan keli yang sudah agak besar iaitu mencapai berat melebihi 30 gram. Palet yang besar akan dihancurkan dan diberikan kepada ikan keli yang masih kecil.

Makanan buatan:

Makanan buatan yang dikeluarkan oleh kilang lebih mudah untuk diperoleh terutamanya di kedai-kedai yang ada menjual makanan ikan. Harganya bergantung kepada kandungan proteinnya.

Buatan kilang
Makanan yang dihasilkan oleh kilang adalah dalam bentuk palet dengan pelbagai saiz. Protein yang terkandung di dalam palet adalah berbeza-beza bergantung kepada kilang yang menghasilkannya dan jenis ikan yang digunakan. Terdapat dua jenis palet iaitu palet terapung dan palet tenggelam.
Palet terapung merupakan palet yang akan terapung diatas air jika ditaburkan ke dalam kolam manakala palet tenggelam akan jatuh ke dalam kolam.

Buatan sendiri
Peralatan yang digunakan untuk membuat palet boleh diperolehi di kedai-kedai. Selain itu bahan-bahan utama yang diperlukan ialah ;
Protein – Serbuk ikan, daging siput atau sisa dari penternakan.
Karbohidrat – Dedak halus, hampas soya
Mineral – Boleh diperolehi dari kedai-kedai menjual makanan ternakan.
Vitamin – Boleh diperolehi dari kedai-kedai menjual makanan ternakan.
Cacing juga boleh diberikan kepada ikan keli yang berusia empat hari. Makanan alternatif
Sisa-sisa ternakan ikan, ayam dan daging.
Harga yang lebih murah dan mempunyai kandungan protein yang tinggi.
Sisa penternakan
Sumber-sumber ayam telah mati tetapi tidak lagi membusuk , boleh digunakan untuk dijadikan makanan ikan keli ini.
Ayam-ayam ini adalah lebih baik direbus dahulu sebelum diberikan kepada ikan keli ini.
Pemberian ayam kepada ikan-ikan perlu mengikut sukatan tertentu untuk mengelakkan kualiti air di dalam kolam terjejas.

Sisa perusahaan ikan kering
Sisa buangan perusahaan ikan kering sebagai makanan alternatif. Sisa buangan perusahaan ini adalah seperti kepala, ekor atau sirip ikan yang sudah tidak digunakan lagi. Makanan ini boleh diberi terus kepada ikan keli, malah ada juga yang mencampurkan dedak halus dan direbus sehingga separuh masak apabila telah sejuk.

Siput
Siput merupakan musuh utama penterrnakan ikan air tawar. Siput-siput yang banyak ini boleh dijadikan makanan ikan keli ini. Siput-siput ini perlu diasingkan dari cengkerangnya sebelum diberi kepada ikan keli. Kemudian, siput direbus selama beberapa minit kemudian isinya dicungkil keluar dari cengkerangnya dengan menggunakan alat yang runcing.




Pembajaan Kolam

Pembajaan kolam sebagai alternatif tambahan boleh dilakukan seperti berikut :


1. Rendam guni tinja ayam di dalam tong 200 liter.


2. Biarkan seminggu dan letakkan tong di bawah pokok ( 50% cahaya matahari diperlukan untuk pembiakan algae dan plankton )- berwarna hijau.


3. Boleh tambahkan e.m ( bakteria berfaedah ) sebanyak 1 liter untuk tujuan rawatan baja.


4. Kolam ternakan hanya memerlukan 50% air baja, ini dapat disukat dengan cara melihat dasar kolam. ( tandakan satu sudut di dasar kolam dengan cat putih. Sekiranya tanda putih tersebut tidak dapat dilihat langsung, bermakna air baja sudah melebihi paras 50% dan penambahan air perlulah dilakukan segera.


5. Tong berisi air baja boleh digunakan berulang kali sehingga warnanya hijaunya pudar.

Pengawalan Patogen




Untuk pengawalan Patogen:




1. Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untuk mengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit.Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulus dan Lernaea.


2. Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akan membunuh patogen (kuman dan bakteria ) dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam. Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam. ( bagi kolam tanah )Bagi kolam simen penggunaan decenfactan spt. Microside boleh digunakan. Sekiranya tiada memadailah dengan taburan garam di dalam dan dinding kolam.


3. Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppm selama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapat menanggalkan parasit yang terdapat diluar badan ikan.


4. Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat disimpan didalam tangki/kolam kecil / kolam asuhan selama 2 minggu untuk memastikan ikan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.


5. Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh menyebabkan penyakit primier dan serangan sesama sendiri.


6. Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat terlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai patogen yang akan menjangkiti anak ikan.


7. Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan boleh manyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.



Penyakit-penyakit Ikan Keli




Secara umum terdapat dua jenis penyakit yang menyerang ikan keli iaitu dikenali dengan istilah endotern dan eksotern. Penyakit yang menyerang bahagian dalaman tubuh seperti jantung,hati atau usus dikenali dengan istilah endotern. Manakala,penyakit yang menyerang bahagian luar tubuh ikan keli seperti sirip,dikenali sebagai eksotern.

Untuk mengelakkan ikan keli daripada mengalami penyakit yang tersebut diatas,beberapa langkah pencegahan berikut perlu diambil perhatian :

1. Sebelum pemeliharaan,kolam (tanah) perlu dikeringkan dan dikapurkan untuk membunuh kuman pembawa penyakit.

2. Kawasan kolam mesti dijaga,misalnya kualiti air yang baik.

3. Makanan tambahan yang diberikan haruslah sesuai dengan dos yang telah ditetapkan dimana jika berlebihan akan mengganggu kualiti air.

4. Proses pengumpulan dan pengambilan mesti dilakukan dengan baik dan berhati-hati agar ikan tidak mengalamai kecederaan.

5. Binatang-binatang pembawa penyakit seperti burung atau siput haruslah dihalang daripada memasuki kolam penternakan.

6. Asingkan ikan yang berpenyakit daripada kolam agar tidak berlaku jangkitan keatas ikan lain

7. Tidak memasukkan tangan kedalam air takungan ikan (bagi mengelakkan pemindahan kuman dan bahan kimia dimasukkan dalam air) terutama bagi kaedah penternakan dalam PVC/Kanvas/Tangki

Gejala serangan penyakit dan langkah pencegahan:

1 - Pendarahan pada kulit,hati,ginjal dan limpa. Terdapat kudis pada kulit
Bakteria - Psedomonas
Menjaga kualiti air. Jika terjadi,ikan keli direndam dalam larutan oxytetracyclin dengan dos 25-30 mg/kg ikan sehari. Ia dilakukan selama 7-10 hari secara berterusan

2- Warna ikan berubah menjadi gelap,kulit kasar dan terdapat pendarahan.Penafasan ikan terganggu,pergerakan lemah dan pendarahan pada hati,ginjal dan limpa
Bakteria – Aeromanas hydrophiladan
Menjaga kualiti air. Berikan suntikandengan terramycine 25-30 mg/kg ikan, 3 kali sehari. Makanan ikan juga dicampurkan dengan bahan yang sama sebanyak 50 mg/kh ikan sehari selama 7-10 hari. Selain itu, 100 mg/kg ikan sulphanamide digunakan sehari selama 3-4 hari

3- Hilang selera makan. Jangkitan pada kulit kepala,kulit bahagian belakang badan,insang,sirip dan bahagian lain.
Bakteria – Aeromanas punctata
Menjaga kualiti air. Ikan perlu direndam dengan copper sulfat sebanyak 1-200 ppm selama 1-20 minit.Perendaman dengan oxytetracyclin 10 mg/kg berat ikan dilakukan selama 30 minit

4- Pergerakan ikan sangat lemahdan selalu berada dipermukaan air. Terdapat bintik-bintik putih pada kulit,sirip dan insang.Ikan kelikelihatan seing menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras.
Parasit – Bintik Putih
Ikan keli diletakkan pada air yang mengalir. Jumlah ikan yang ditebarkan perlu dikurangkan. Ia direndam di dalam larutan formalin sebanyak 25 ml/m³ air dan ditambah dengan 0.1 gram/ m³ Oxalate selama 12-24 jam.

5- Ikan keli semakin kurus. Terdapat parasit terlekat pada kulit,sirip dan insang dan bekasnya kelihatan kemerah-merahan.
Parasit – Kutu ikan(argulus)
Pencegahan dilakukan dengan menyaring air yang dimasukkan ke dalam kolam. Ikan yang dijangkiti perlu direndam dengan larutan garam/NaCI 20 gram/liter (2%) selama 5 minit

6- Tubuh ikan berubah menjadi gelap. Kadang-kadang matanya bengkak. Terdapat pendarahan pada pangkal sirip bahagian dada. Terdapat juga benjolan pada badan ikan.
Parasit – Edward Siella
Menjaga kualiti air. Pencegahan boleh dilakukan pada peringkat awal iaitu dengan menggunakan sulphanamide sebanyak 100-200 mg/kg/hari diberikan sehingga hari keempat secara berterusan. Ikan keli yang dijangkiti perlu dibunuh segera dengan cara dibakar atau ditanam

7- Bintik-bintik putih merah-kemerahan kelihatan pada insang.
Parasit – Myxoperansisi (myxobolus sp.)
Kolam dikeringkan dan kapur diletakkan dengan dos 200 gram/ m³ lalu dibiarkan selama 1-2 minggu. Air yang masuk harus disaring melalui penyaring pasir dan kerikil.

8- Ikan keli kelihatan besar tetapi sebenarnya kurus. Kulitnya gelap.Sirip kelihatan luruh daripada ekornya.Ikan keli akan selalu menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras.Penutup insangnya juga tidak normal.
Parasit – Cacing kecil pada kulit,sirip dan insang
Pelepasan ikan dikurangkan.Larutan formalin digunakan untuk perendaman sebanyak 250 ml/ m³ air selama 15 minit. Methylene Blue turut digunakan 3 gram/ m³untuk perendaman dalam tempoh 24 jam.

9- Terdapat garisan-garisan seperti benag bewarna putih keperangan pada badan ikan keli. Selalu menyerang pada bahagian kepala,penutup insang,sirip dan bahagian lain.
Parasit- Saprolegiasis
Menjaga kebersihan kolam dan kualiti air. Menjaga ikan keli daripada terluka akibat proses yang dijalankan.Jika dijangkiti ia boleh direndamka didalam Malachite Green Oxalate (MGO) sebanyak 3 gram/ m³ air elama 30 minit.


Rujukan : penternakan ikan keli secara intensif,terbitan synergy media books